Tahniah PMI,

GMM kalah!

 

 

Perjuangan sebuah pertubuhan berdaftar di universiti adalah untuk kebajikan dan kemajuan mahasiswa. Salah satunya adalah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM.

 

PMIUPM dilihat berjaya menongkah arus. Walaupun tidak lagi berganding bahu dengan GMM lagi, namun PMIUPM mampu memperlihatkan kemajuannya dalam memenangi hati pengundi pada Pilihanraya Kampus UPM 2006 pada kali ini.

 

Keputusan pilihanraya kampus UPM 2006 pada kali ini diwakili oleh ahli PMIUPM.

 

Syabas PMIUPM.

 

JAMIS UPM mendoakan agar angin perubahan bakal dilihat dalam kepimpinan MPP kali ini yang sebahagiannya diwakilkan oleh PMIUPM. MPP kali ini bakal memperlihatkan kemajuan yang lebih cemerlang berbanding MPP sebelum ini.

 

PMIUPM tidak perlu tunduk pada mana-mana arahan biarpun dari GMM sekalipun. JAMIS UPM amat yakin bahawa Islam mampu merobah dunia ke arah kedamaian yang abadi.

 

Teruskan perjuangan. Tingkatkan kemajuan berpaksikan Islam. Hidup Islam.

 

 

    <<Kembali ke Halaman JAMIS UPM

 

Organisasi JAMIS UPM          Jadi Sukarelawan JAMIS UPM          Hantar Artikel kepada Editor JAMIS UPM

 

Kepada pengamal-pengamal blogspot, penulis-penulis artikel dan individu yang berminat, anda dipelawa untuk menghantarkan karya anda kepada Editor Blog JAMIS UPM. Karya anda mestilah asli. Sebarang karya yang menggunakan title seperti contoh; "Saudara Ahmad Tarmizi, Presiden Gamis" perlulah asli dan bukannya palsu. Sila hantarkan karya anda kepada; editor_jamisupm@yahoo.com.my